Saturday, November 20, 2010

apa itu korban?

Ibadat korban merupakan suatu ibadat yang
sangat digalakkan di dalam Islam,
khususnya bagi mereka yang
berkemampuan dari segi kewangan. Ibadat
korban telah disyariatkan oleh Allah pada
tahun kedua Hijrah.
Firman Allah S.W.T:
“Sesungguhnya kami (Allah) telah
memberi engkau (wahai Muhamad)
kebaikan yang banyak. Maka
Sembahyanglah* engkau kerana Tuhanmu
dan sembelihlah (korbanmu)”.
(Surah Al-Kautsar Ayat 1-2).
* Sembahyang yang dimaksudkan di dalam ayat di
atas ialah sembahyang sunat hari raya korban ( Aidil
Adha).
Hukum
Hukumnya Sunat Muakkad(dituntut).
Adapun bagi mereka yang bernazar,
hukumnya wajib. Bagi mereka yang
berkemampuan Makruh meninggalkan
amalan ini.
Wajib hukumnya kepada Rasulullah
berdasarkan hadis: “Diwajibkan ke atas ku
melaksanakan ibadat korban namun ia
merupakan satu amalan sunat bagi kamu”.
(Riwayat Imam Tirmizi)
Maksud Korban:-
Menyembelih binatang ternakan yang
terdiri daripada unta, lembu, kambing dan
kibas yang sampai umur* pada hari raya
korban (Aidil Adha) iaitu pada 10 Zulhijjah
selepas sembahyang sehingga gelincir
matahari hari terakhir tasyrik iaitu 13
Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri
kepada Allah.
*Umur binatang yang boleh dikorbankan:-
􀀹 Unta 5 thn ke atas – 7 bahagian.
􀀹 Lembu, kerbau 2 thn ke atas – 7
bahagian.
􀀹 Kambing 2 thn ke atas- 1 bahagian.
􀀹 Biri-biri, kibas 1 ½ thn- 1 bahagian.
٭ Ditegah berkorban dengan binatang yang
cacat, berpenyakit, patah anggotanya dan
terlalu kurus.
Sunat-sunat ketika menyembelih binatang
korban:-
1. Membaca Basmalah
2. Selawat ke atas nabi
3. Menghadap kiblat
4. Bertakbir
5. Berdoa supaya diterima ibadah
korban itu.
Nota:
a) Daging korban yang diniat nazar oleh
orang yang bernazar, hendaklah di
sedekahkan semuanya.
b) 1/3 daripada daging korban sunat boleh
dimakan oleh mereka yang berkorban dan
selebihnya disedekahkan kepada fakir
miskin, boleh juga disedekahkan kepada
orang kaya mengikut mazhab Syafie..
Mereka yang melakukan ibadat korban
disunatkan menyaksikan penyembelihan
binatang korban tersebut seperti mana sabda
Rasulullah maksudnya:
“Wahai Fatimah! Berdirilah di sisi korban
mu dan saksikanlah, sesungguhnya titisan
darahnya yang pertama itu pengampun bagi
mu atas dosa-dosa yang telah lalu”.
(Riwayat Bazzar dan Ibnu Hibban).
# Menyaksikan sendiri perlaksanaan korban
tidak termasuk dalam syarat-syarat ibadat
korban.
# Imam Khatib Syarbini di dalam kitabnya
Mughni Al-Muhtaj menyatakan, disunatkan
bagi mereka yang melaksanakan korban
untuk menyembelih sendiri binatang korban
tersebut, sekiranya tidak mampu disunatkan
bagi mereka untuk menyaksikan
penyembelihan itu.

ok..... tu skit definisi korban yang dapat saya cari dan bagi sebagai info..

tetapi...

kita sebagai manusia..

 apakah definisi korban itu?

terutamanya dari perspektif masyarakat dan individu?

dari apa yang saya perhatikan..

manusia yang bergelar umat Islam ini*hanya segelintir*...

melakukan ibadat korban ini hanya untuk menunjuk-nunjuk...

atau untuk memenuhi budaya masyarakat*seperti yang kita sedia maklum, ibadah ini telah menjadi budaya di negara kita*...

untuk mengupas lebih lanjut menganai apa yang saya katakan...

mari kita sama-sama melihat situasi ini..

seorang hamba Allah, yang agak berada*atau erti lain kaya*...

membeli 5 ekor lembu di kampungnya untuk dijadikan korban... 

akan tetapi...

di hati beliau berlegar mengenai sesuatu... iaitu...

"eh... cukup x lembu 5 ekor neh?? macam mana klu x ckup.. aku dah la org paling kaya kt kampung neh... semua orang tau aku banyak duet... klu x ckup malu la kat orang... jatuh air muka aku sebagai orang kaya kt sini..."

persoalannya..

adakah betul niat beliau di situ??

saya tidak mahu mempertikaikan mengenai pahala atau dosa di sini...

ini kerana saya tidak layak untuk menilai pahala atau dosa seseorang..

tetapi adakah niat beliau betul di situ?

apabila kita, sebagai hamba Allah...

mahu beribadah...

betulkanlah niat kita tersebut..

janganlah kita menjadikan ibadat itu sebagai pentas untuk menunjuk-nunjuk...

perlu diingatkan..

harta di dunia tidak boleh dibawa ke akhirat..

perjalanan dari dunia ke akhirat umpama melintasi sebuah jambatan...

apabila terlalu sarat muatan yang dibawa oleh kita dari dunia..

maka runtuhlah ia...

sama-samalah kita sebagai manusia renungkan bersama erti korban itu sebagai penghayatan...